Inilah Pokok Yang Boleh Menawarkan Racun Santau

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.

Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.

Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

Sumber: Ustaz Rosdi Hasan