Petua Mudah Mengira Sukatan Air Untuk Masak Agar-Agar

Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resepi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?

Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR: 10gm agar-agar = 1 liter air.

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK: 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air.

Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:

  1. 25gm agar-agar = 2.5 liter air.
  2. 30gm agar-agar = 3 liter air.

Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resepi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan.

Selamat mencuba!

Kredit petua: Diana Ana