Hanya Amalkan Petua Mujarab Ini, Akhirnya Batuk Berbulan Lamanya Reda

Masalah batuk ini biasa kita alami tapi ia boleh buat kita tension berlarutan berminggu-minggu malah ada yang sampai mencecah 3 bulan.

Tak juga reda walaupun dah berbotol-botol ubat batuk diambil. Bagi korang yang sedang dalam situasi ini mungkin boleh cuba petua dari Ruziani Radzi.

Dia yang mengalami masalah batuk hampir 2 bulan akhirnya reda selepas mengamalkan petua dari pengamal perubatan Cina yang hanya menggunakan buah oren. Ruziani juga turut berkongsi cara-caranya.

Petua Dari Pengalaman Perubatan Cina

Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.

Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah.

Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (asthma).

Cara-caranya:

  1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
  2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist).
  3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
  4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.

Boleh digantikan dengan buah limau mandarin.

Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.

Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

  • Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
  • Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
  • Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
  • Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber: Ruziani Radzi