Petua Dan Cara Yang Dikongsikan Oleh Doktor Ini Mampu Merawat Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semula Jadi

Penyakit batu karang tidak boleh dibuat main-main. Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang penyakit tersebut.

Bila dah kena serang sakit Batu Karang hempedu ni, terus kita akan terfikir macam mana lah nak buat kan.

Cara ini disyorkan oleh Prof Dr. Hamid Arshat dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Petua Pertama

  1. Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.
  2. Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).
  3. Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.
  4. Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.
  5. Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  6. Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.

Petua Kedua

Lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:

  1. Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.
  2. Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.
  3. Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.
  4. Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.
  5. Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
  6. Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  7. Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.

Petua Ketiga

Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:

  1. Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
  2. Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  3. Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
  4. Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
  5. Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.

Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.

Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.

Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.