Jangan Panik Apabila Gas Keluar Semasa Tukar Tong, Lakukan Perkara Ini

Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong. Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.

Sekiranya kejadian begini berlaku selepas menukar kepala gas lakukan step ini. Jangan panik ya.

1. Buka tingkap atau pintu, supaya gas dapat keluar.

2. Tanggalkan getah di dalam tombol gas menggunakan alat yang anda rasa sesuai.

3. Selepas keluarkan getah, terbalikkan ia dari dalam ke luar.

4. Kemudian masukkan kembali getah pada posisi asal.

Sekiranya gas masih lagi keluar itu tandanya getak tersebut sudah rosak. Hubungi pembekal untuk baiki atau tukar pada tong gas yang baru.

Sumber: Hairul Izham