Mampu Sembuhkan Pelbagai Penyakit, Ini Khasiat Pokok Senduduk Yang Ramai Tidak Sedar

Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.

Khasiat Pokok Senduduk

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Antaranya adalah:

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan sakit gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Rujukan Tambahan: forestry.gov.my