Cara Mandi Perlimau Untuk Menyembuhkan Penyakit Fizikal Dan Spritual Serta Menghapuskan Sihir

Kita ini orang Melayu, oleh itu kita jangan terlalu bangga sangat bangsa yang lain kerana bangsa kita penuh dengan kesenian ilmu yang tinggi dalam jati diri.

Oleh itu hari ini ingin saya membuka satu rahsia kehebatan orang Melayu terdahulu dan amalan yang sangat mustajab serta cukup banyak kebaikannya dan di antara kebaikannya ialah:

1- Menyegarkan badan.

2- Menyembuhkan penyakit fizikal dan SPIRITUAL.

3- Menghalau entity yang menumpang.

4- Menghapuskan SIHIR.

5- Menaikkan seri.

6- Menguatkan otot dan saraf

Cara mandi perlimau:

Sediakan 7 biji limau nipis, secawan garam, sebaldi air, mangkuk kosong.

Mulakan dengan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1) Masukkan garam ke dalam mangkuk.
2) Limau nipis 7 biji belah empat setiap biji limau dan ramas ke dalam mangkuk.
3) Biarkan kulitnya sekali dalam mangkuk.
4) Gaulkan dengan garam sambil baca:

  • 3x Surah Al-Ikhlas.
  • 3x Ayat Kursi.
  • 7x Selawat.
  • 3x Surah Al-Fatihah.
  • 3x Bismillah.

Kemudian hembus setiap kali bacaan ke dalam mangkuk.

Tuang ke dalam air dalam baldi, isi mangkuk kemudian gaulkan air dengan baca:
Ya Rahman 100x dan Ya Rahim 100x.

Hembus pada air. Doa apa yang diinginkan.

Mandi dan biarkan kering di badan. Kemudian boleh mandi air biasa semula.

Buatlah 3 hari berturut2 pada mulanya, kemudian seminggu sekali sehingga selesai masalah. Insya Allah.

Sumber: Ustaz Md Rosdi Hasan.