Mak-Mak Jangan Jealous, Inilah Sebab Kenapa Anak Lebih Suka Dengar Cakap Ayah

“Berbuih dah mulut aku suruh si Aiman buang sampah, kena suruh si bapaknya baru berjalan kot…”

Si ibu memang sudah dikenali dengan perangai suka membebel dalam kalangan anak-anak. Pantang suruhannya tidak diikuti pasti akan mula memberi ‘ceramah’ sampai ke malam hari. Jadi, anak-anak akan cenderung untuk mengikut kata si ayah yang dilihat agak ‘cool’ dalam mengendalikan situasi.

Cemburu? Hal ini mungkin akan terjadi dalam kalangan si ibu kerana anak-anak akan memilih untuk lebih rapat dan lebih terbuka kepada si ayah dalam apa jua hal. Walaupun agak garang sebenarnya, si ayah tetap akan menjadi pilihan untuk mengelakkan diri dari terkena leteran ‘petir’ dari si ibu.

KENAPA ANAK DENGAR CAKAP SI AYAH BERBANDING SI MAK?

Tadi masa makan tengahari, di kala geng bapak-bapak tengah dengar kuliah kat masjid, kami geng mak-mak ‘berkuliah’ dalam pantri ofis. Topik kali ni tentang kenapa anak-anak kalau bapak cakap sekali, terus dia dengar. Tapi kalau mak cakap, sampai berbuih mulut, mata terjegil, telinga berasap pun dia belum tentu nak ikut.

Akhirnya, kuliah kami membawa kepada beberapa rumusan.

1.BAPAK SUKA MAIN DENGAN ANAK.

Betul tak? Yang suka layan anak main siapa? Bapak. Suami kami orang ni la. Walau cengey kot mana pun bapak, dia juga lah yang sabar layan anak main. Dari main lasak-lasak sampailah ke main masak-masak. Bapak yang main. Mak pergi mana masa ni? Buat kerja rumah. Dikala bapak layan anak main bayblade, mak jemur baju. Dikala bapak layan anak main Saidina, mak lipat baju. Dikala bapak layan anak main cikgu-cikgu, mak cuci jamban. Jadi, siapa best? Bapak!

2. SELALU DENGAN BAPAK APA NAK PUN DAPAT, DENGAN MAK SEMUA TAK BOLEH.

Suami aku jenis bawa anak pergi kedai DIY, kemudian keluarkan pekeliling, “Ambik mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula”. Maka, anak aku dengan penuh gembira akan cari mainan seperti yang diluluskan bajet poket abah dia. Tapi diiringi rasa tanggungjawab juga.

“Bawah 20 ringgit”.
“Jumpa lagi 10 minit”.

Diberi kepercayaan adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Anak suka orang percaya dia. Dia akan balas kembali dengan rasa percaya yang sama. Cuba kalau mak.

“Eh, tu dah ada”.
“Mahal sangat tu”.
“Tu takda faedah”.
“Tak payah, baik bagi mak beli sayur”.

Habis, siapa best? Bapak!

3. BAPAK ENJOY THE MOMENT, MAK FIKIR 20 TAHUN AKAN DATANG.

Ayah tak banyak fikir akibat. Sekarang, masa sekarang.

Anak nak tolong bakar sampah, jom!
Anak nak mandi lambat, takpa.
Anak nak makan megi, sekali sekala.
Anak tidur pakai seluar jeans, ok.

Kalau mak ni. Bila anak memanjat, kita takut jatuh kepala pecah. Karang anak perempuan nak main beyblade, kita takut dia jadi tomboi. Jap lagi anak nak main basikal kat luar rumah, kita takut nanti kena langgar. Serba tak boleh. Jadi, siapa best? Bapak!

4. BAPAK JARANG MARAH, SEBAB TU SEKALI SEKALA MARAHNYA BERKESAN.

Budak-budak ni adalah sejenis makhluk yang bijak. Dia pandai latih diri ikut keadaan. Kalau dah hari-hari mak marah, anak pun imun dah. Tak kisah. Dah biasa. Ayah-ayah ni kan jarang nak marah. Sesekali marah, anak memang la takut. Sebabnya, ada impak. Jadi, siapa best? Bapak!

5. BILA MARAH, BAPAK TAK MEMBEBEL. MAK KALAU BOLEH NAK BAGI CERAMAH SAMPAI MALAM.

Bapak ni lelaki. Lelaki ni vocab dia sikit. Cakap yang perlu je. Jadi, arahan dia ringkas dan tepat. 10 kali kena ulang pun, tetap masih ringkas lagi. Dah dia memang jenis tak banyak cakap.

“Pergi mandi”.
“Meh makan”.
“Jom solat”.
“Bila nak buat?”.

Mak pun gitu juga. Tapi, biasanya cuma sampai suruhan ke 3. Kalau ke 4, haaaa… tunggulah kau. Cair la taik telinga kau lepas tu. Jadi,siapa best? Bapak!

6. EMOSI BAPAK KONSISTEN.

Jarang kita dengar bapak naik angin kalau dia cakap dengan anak. Dengan muka kering-kering macho, bapak masih boleh berada di fasa emosi yang sama. Dia mampu tenang sampai ke sudah. Mak cepat nak naik angin. Pasalnya satu la aku rasa, kita ni banyak benda lain nak buat. Nak cepat. Payah nak tunggu-tunggu ni. Tak sabor!

7. BAPAK TAK BANYAK DRAMA.

Mana ada pernah dengar bapak kata~~

“Kamu ni tak kesian kat abah ke?”.
“Sampai hati kamu tak dengar”.
“Kamu tak sayang abah ke?”.

Mana ada! Dia bukan kisah pun. Kita la tu yang banyak drama tu. Sikit-sikit nak kecik hati. Sikit-sikit nak touching. Sikit-sikit nak merajuk. Anak taknak makan ikan goreng kita pun nak sedih. Ceit! Jadi, siapa best? Bapak!

Dan secara psikologinya. Budak-budak ni akan dengar, ikut, patuh dan taat pada sosok yang dia senangi dan menyenangi dia. Yang main dengan dia, layan dia, boleh kawtim dengan dia, boleh bagi apa dia nak, boleh berlebih kurang, boleh buat dia seronok. Sebab tu di usia begini, dia dengar cakap cikgu. Dia suka nak main dengan kawan. Sebab golongan ni tak macam mak. Lebih dari guru disiplin kadang tu.

Jadi salahkah kita? Tak! Kita adalah penstabil keadaan. Ying-Yang. Kalau semua boleh, tak bagus juga. Kalau semua sporting, rosak juga. Kalau semua nak ikut, bahaya juga. Jadi adakah kita tak best? Tak! Kitalah mak yang best dalam tak best! Asal jangan jadi naga selalu sangat dah la mak. Takut lubang idong kau berasap. Huduh tau!

Sumber: Siti Suryani Yaakop