Bila Jiwa Sedang Bercelaru, Bacalah Surah Ar-Rahman, Nescaya Kita Akan Lebih Bersyukur Atas Nikmat Allah

Surah Ar Rahman merupakan Surah ke-55 dalam Al-Quran dan tergolong sebagai Surah Makkiyah yang terdiri daripada 78 ayat.

Ar Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali.

Allah mengkehendaki kita memikirkan maksud ayat ini. Ya, satu perkataan yang membawa kepada berjuta maksud yang tidak terhurai.

Setiap ketika dan masa, ada sahaja rahmat yang Allah berikan kepada kita. Cuba anda bayangkan apakah rahmat yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya.

Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.

Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.

Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena.

Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.

Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.

Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.

Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.

Sumber: Bidadari.my