Ustaz Hanafiah Kongsi Petua Mujarab Untuk Dapat Anak. Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan cahaya mata untuk menyerikan hidup rumahtangga. Ada diantara mereka yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan anak, telah pelbagai usaha tapi masih lagi tidak dapat merasai nikmat itu.

Sangat sensitif bila ada yang tanya, bila mahu ada anak? atau bila mahu berisi?. Mereka yang bertanya itu tidak tahu bahawa pasangan itu sudah penat berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Mungkin rezeki belum menyebelahi, namun jangan patah semangat, jangan putus asa. Berdasarkan Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, nabi Zakaria dahulu juga diuji dengan ketiadaan anak.

“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata.”

Ustaz Hanafiah telah berkongsi satu petua untuk mendapatkan anak di televisyen. Petua ini perlu diamalkan suami isteri yang inginkan anak, sama-sama konsisten dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan adalah setahun.

Alhamdulillah, ramai yang menghubunginya dengan memberi maklumbalas positif.

Menurut beliau, Ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Setelah bermacam-macam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan Izin Allah dapat anak.”

Petua Dapat Anak Daripada Ustaz Hanafiah

Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi).
1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdal).

Caranya:

  1. Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
  2. Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
  3. Buangkan biji, masukan kurma-kurma tadi dalam blender.
  4. Taungkan liter air susu kambing. Kisar.
  5. Isteri minum separuh, suami minum separuh.
  6. Habiskan dalam masa 1 hari.

Hari Kedua Dan Hari-Hari Seterusnya

  1. Pasangan suami isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi.
  2. Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi.
  3. Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.

Setiap Kali Cuba Petua Amalkan Bersama Surah Maryam ayat 1 hingga 12.

Petua ini hendaklah diamalkan dalam masa SETAHUN. “Selalunya 3/4 bulan dah okay,” kata Ustaz Hanafiah dalam video ceramhnya.

“Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak,” tambahnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.

InsyaAllah, berdoalah pada Allah.

Sumber – Mingguna Wanita