Tak Sampai 30 Saat Bayi Kecil Sudah Lena Tidur. Begini Caranya

Siapa tak susah hati jika bayi sukar tidur setiap malam. Pantang ada bunyi sikit, mesti terjaga dan menangis sampai pagi. Kalau senang pujuk dan tidur semula okaylah lagi. Ini tidak, buatlah apa sahaja, menangis sahaja. Waktu tidur bayi dan ibu masing-masing terganggu kerana berjaga hingga ke pagi.

KENAPA BAYI SUKAR TIDUR & BERJAGA MALAM?
Bayi baru lahir biasanya memerlukan masa untuk ‘adjust’ masa semula mengikut siang dan malam yang normal. Ini kerana, keadaan semasa di dalam rahim adalah berbeza daripada di dunia sebenar.

Namun, setelah beberapa bulan, anda pasti risau apabila bayi masih tak dapat tidur awal dan berjaga malam. Ini merisaukan ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila cuti berpantang hampir habis dan akan mula masuk kerja.

Biasanya bayi berjaga pada waktu malam kerana kurang sihat, diaper rash, ekzema, lapar, tumbuh gigi, dan inginkan belaian ibunya setiap masa. Tambah lagi bayi yang menyusu dengan kerap, akan bangun kerana lapar. Apabila lambat menyusu, bayi akan menangis dan meragam.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk memastikan bayi tidak lagi berjaga sepanjang malam?

Berikut adalah cara tidurkan bayi yang boleh anda praktikkan supaya kualiti tidur mereka lebih terjamin. Maka, dapatlah mereka tidur lebih awal, lena, dan tidaklah merengek sepanjang malam.

1. Banyakkan aktiviti pada siang hari
Tidak perlu aktiviti berat memadai dengan meluangkan banyak masa dengan bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi dan bermain agar bayi kurang tidur waktu siang.

Jadi apabila kurang tidur waktu siang, maka bayi akan tidur dengan lena pada waktu malam.

2. Lakukan rutin yang konsisten sebelum tidur
Latihkan anak membuat rutin yang sama sebelum tidur misalnya mendengar muzik, membaca buku dan memeluknya.

Jadi setiap kali anda membuat rutin itu, anak dapat mengenal pasti yang ia hampir dengan waktu tidurnya.

3. Bagi masa anak tenang
Jangan paksa anak terus tidur sebaik meletakkannya di atas katil.

Jika anak menangis sambil mencari posisi tidur yang selesa, tepuk perlahan-lahan sehingga anak lena dengan sendirinya.

4. Jadikan puting sebagai alternatif
Seboleh-bolehnya, memang anda ingin mengelakkan puting kosong daripada diberikan kepada bayi.

Tetapi, jika tiada jalan lain yang boleh dilakukan untuk menenangkan anak yang merengek pada waktu malam, berikan puting kerana ia mampu memberi ketenangan pada anak.

Tapi, cepat cabut puting tersebut apabila anak tertidur supaya dia tidak begitu terbiasa dengannya.

5. Aura tidur dalam pencahayaan suram
Setiap kali masuk tidur, gelapkan sedikit pencahayaan dalam bilik.

Secara automatik, bayi akan tahu itu waktu tidurnya. Ini akan memudahkan lagi bayi untuk tidur sebaik diletakkan atas katil.

Cara tidurkan bayi dalam lampu suram ini juga memberi impak kepada kualiti tidur bayi.

Selain daripada kaedah diatas, ada satu lagi kaedah yang dikongsikan oleh seorang doktor dimana sikecil terlena lebih cepat berbanding cara-cara yang lain dan kaedahnya adalah begitu mudah.