Wanita Ini Ajar 7 Teknik ‘Gentle Birth’, Bagi Kurangkan Rasa Sakit Ketika Bersalin

Nak melahirkan seorang anak bukannya mudah, ia sangatlah memerlukan pengorbanan yang besar. Jika tidak masakan, syurga itu dibawah telapak kaki seorang ibu.Sebenarnya pelbagai teknik yang bakal ibu-ibu boleh pelajari untuk mengurangkan sakit ketika proses bersalin. Antaranya dengan mengamalkan teknik gentle birth ini.

Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Siti Aai Shah, pengalaman beliau melahirkan anak menggunakan teknik gentle birth bagi mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin.

Apa itu Gentle birth?
Gentle birth adalah “teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin”

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik untuk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah-indah sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi.

Pengalaman ummi untuk 1st baby tak dapat praktikkan sebab tak belajar lagi masa tu. Alhamdulillah anak ke 2 & 3 ummi berjaya! Di sini ummi nak share 7 tip yang ummi buat dan alhamdulillah ia sangat membantu.

1️.TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu-ibu yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcam nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Macam mana??

Saat contraction datang, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku “Hypnobirthing, the mongan method”

2️. AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh:

Minda sedar: Aku nak bersalin normal

Minda separa sedar: Boleh ke normal? Anak 1st nie, macam susah je…(ini yang perlu kita tukar).

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Macam mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

Baby bersalin 38 minggu.
Mudah bersalin.
Bersalin normal.
Lepas bersalin tak sakit-sakit.
Dalam labour room setengah jam je.
kembali berat asal

Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!

3.POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda-benda positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu-ibu hamil bersedih!

Saat nak bersalin, penting untuk kita set dalam minda KATA2 POSITIF seperti

Ummi kuat!
Baby mesti keluar dgn selamat!
Ummi boleh!
Allah bantu!
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4️.LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu-ibu yang tahu kandungan songsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.

5. TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara-perkara yang indah. Ummi masa dalam labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best-best & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah.

6️. ZIKIR & DOA NABI YUNUS
Satu perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.

Lepas tu baca Doa Nabi Yunus:

“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin”

InsyaAllah sakit tadi akan hilang.

7.MAKAN KURMA & AIR ZAM-ZAM
Kurma & air zam-zam sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi-lagi masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil ni memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih! Go go fighting!

Kredit: Siti Aai Shah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ