SUBHANALLAH!! INILAH DOA NABI UNTUK MENYEMBUHKAN BAHAGIAN TUBUH YANG SAKIT. SEBAB DOA NI LA NABI TAK PERNAH SAKIT !!

Saat sedang sakit badan jadi lemah dan semua pekerjaan
menjadi terbengkalai. Semakin keras penyakit semakin menderita kita. dan masa
terbaring lemah di tempat tidur seperti itu, kita selalu berharap akan sihat
kembali dan meneruskan aktiviti-aktiviti yang belum selesai.

tapi sayangnya
sakit tak boleh sembuh begitu sahaja, bahkan walaupun teknologi perubatan sudah
sangat canggih dan berkembang seperti saat ini, ada sahaja penyakit yang sukar
disembuhkan.

Pada saat-saat
seperti itulah manusia perlu semakin mendekatkan diri kepada Allah, sang maha
pencipta, memohon dan berdoa agar penyakit boleh diubati. Tentu saja dengan
tetap berusaha menjalani rawatan atau terapi dari doktor yang menangani.
hal yang seperti ini juga dialami oleh Rasulullah ketika beliau sedang sakit. Selain
berusaha dengan berobat beliau juga memanjatkan doa-doa khusus kepada Allah
yang maha pemberi kesembuhan.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita
melalui para sahabatnya, doa apa yang harus dibaca ketika tubuh mengalami
kesakitan. Misalnya saja saat bahagian dada (paru-paru dan jantung), kepala

(Sakit kepala atau migrain), sakit perut (lambung / maag), dan seumpamanya, maka
Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan
bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min
syarri maa ajidu wa uhaadziru “(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya
dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan) “(HR. Muslim)

Doa yang sama juga diajarkan Rasulullah
kepada para sahabatnya, sebagaimana dijelaskan dalam Syarah Hisnul Muslim.
Diceritakan bahawa pada suatu hari seorang sahabat bernama Utsman bin Al Ash r.a
datang kepada Rasulullah kerana berasa sakit pada salah satu bahagian tubuhnya.

Kemudian Rasulullah mengajarkan doa dan cara
tersebut. Nabi memerintahkan Utsman bin Al Ash meletakkan tangan pada tempat
yang sakit, kemudian membaca Bismillah sebanyak tiga kali dan membaca doa di
atas sebanyak tujuh kali. Atas kehendak Allah, Utsman bin Al Ash sembuh dari
penyakitnya.

Selain berupaya menyembuhkan penyakit dengan
bantuan doktor. kita juga perlu dengan senyap doa kepada Allah. kerana
semua ubat dan doktor hanyalah perantara, sementara Allah lah yang mempunyai
ketetapan.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan (Share) info penting ini, agar kebaikanya sampai pada anda kembali.

Sekian Terima Kasih..Share Jika bermafaat Untuk Anda Semua.

SUMBER