Resepi Nasi Arab Power Yang Mudah Disediakan!

Ikuti langkah-langkah serta cara untuk menyediakan nasi arab power melalui panduan dan video dibawah. Memang tak rugi buat nasi arab ni melalui resepi dibawah.

 

Bahan untuk nasi:

  1. 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
  2. 4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
  3. garam secukup rasa
  4. 2 sb minyak sapi
  5. pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:

  1. 1/2 sm jintan manis
  2. 1/2 sm jintan putih
  3. 1/2 sm bunga cengkih
  4. 1/2 sm lada hitam
  5. 1/2 sm biji ketumbar
  6. 1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:

  1. 1 biji bawang besar ~ dihiris halus
  2. 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  3. buah pelaga
  4. kayu manis
  5. bunga lawang

Caranya:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap….kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya.

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 – 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad:
1 – 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Resepi kredit to Naimah Md Ludin
Video kredit to NasiArabAzriman