Rahsia Bawang Putih Untuk Menghilangkan Bintik Putih & Hitam Pada Wajah

Sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, anda akan mengalami kehadiran bintik-bintik hitam di muka yang juga dikenali sebagai blackheads. Ia seringkali berlaku di kawasan zon-T (T-Zone) bahagian muka, iaitu merangkumi batang hidung dan dahi ibarat membentuk huruf T di muka anda).

Bintik hitam semestinya satu-satunya keadaan pada kulit muka yang kita ingin hilangkan kerana ia sedikit sebanyak mencacatkan rupa paras wajah anda. Penjagaan kulit muka yang tidak betul atau sekiranya anda membiarkan kulit anda berminyak tanpa sebarang treatment akan menampakkan bintik-bintik hitam pada muka anda.

Selain dari itu juga, anda juga akan dapati bintik-bintik putih juga berada pada kulit muka anda. Apakah pula punca bintik putih pada muka dan apa pula bezanya dengan bintik hitam? Bintik putih pada muka terjadi disebabkan beberapa faktor seperti penuaan, dehidrasi / kurang mengambil air, kesan-kesan sampingan dari penggunaan ubat dan sebagainya.

Tidak kira sama ada anda mempunyai bintik hitam atau bintik putih, ia sedikit sebanyak akan menganggu kecantikan wajah di muka anda. Oleh itu anda akan berusaha untuk mendapatkan cara menghilangkan bintik hitam dan bintik putih di muka dengan cepat.

Nak hilangkan bintik-bintik putih dan hitam pada raut wajah dengan menggunakan bahan mudah yang terdapat di dapur? Ikuti perkongsian bermanfaat dari Kekna ini.

RAHSIA BAWANG PUTIH UNTUK KULIT

Semua orang ada bintik hitam. Bintik putih kan. Kadang stress wehh geram je kan. Mula la jejari tu gatai je kan nak picit keluarkan.

Meh Kekna nak share dengan korang rahsia hilangkan bintik hitam dan bintik putih tu. Hat ni semua bahan semulajadi je wehh yang kat dapurkorang tu kan.

petua hilangkan bintik putih, petua hilangkan bintik hitam, bintik putih pada wajah, bintik hitam pada wajah, khasiat bawang putih

Bahan model dia senang je:

  1. Bawang putih
  2. Limau nipis
  3. Putih telur
  4. Tisu muka

Cara dia senaang yakmatt.

  1. Bawang putih tu korang bersihkan dan tumbuk dengan lumat.
  2. Lepas dah lumat tu kan. Korang perahkan limau nipis dan putih telur je hokey.
  3. Kemudian ambil la tisu muka tu kan dan letakkan dekat muka.
  4. Ramuan tadi tu letak kan atas tisu yang korang dah letak muka tadi tu kan.
  5. Biarkan sampai kering hokey. Baru bilas dengan air suam.

Korang kena lah KONSISTEN kan ye. Kalau nak muka tu cantik berseri la ye. Selamat mencuba korang.

Eh! Jangan lupa tekan #SHARE ye. Untuk Kekna banyak kongsikan rahsia Kekna dan manfaatkan bersama sama dengan kengkawan yang lain juga.
#GengObsesCantikSelim

Kredit: Facebook Zana Mokhtar