Pencuci DIY Menghilangkan Flek Hitam, Cerahkan Kulit Dan Hilangkan Parut Pada Wajah

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah perkongsian oleh Che Mira Kimora tentang bagaimana nak mendapatkan wajah yang flawless:

Petang ni saya nak share tentang penjagaan kulit wajah secara DIY REMOVAL sangat senang tapi kena rajin kata nak kulit flawless kan..kan okay jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan :

MADU
LIMAU NIPIS
AIR MAWAR (Mustika ratu)
SODA BICABORNATE

Caranya :

Campur ke semua bahan2 tadi gaul sehingga soda bicabornate sebati dengan perahan limau,madu & air mawar.

sangat2 senang banyak tau kebaikan DIY REMOVAL dapat menghilangkan flek hitam pada wajah,menghilangkan blackhead & whitehead ,mencerahkan kulit serta mengurangkan parut2 pada wajah.Ini yang selalu saya amalkan wajib buat tau seminggu 2kali tak kira la malam ke pagi ke bila2 pun bole.

Last skali saya menggunakan SERUMBOTOQ (SerumNaikSeri) untuk cover liang-liang pori yang terbuka so hanya dengan serum liang pori akan hilang dalam masa 2 bulan..tak perlu la nak habis riban2 uols..boleh share jer sama-sama cantik berjemaah gituww

Selamat mencuba.

Selain daripada perkongsian diatas berikut merupakan tips untuk menjaga muka dengan betul:

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.