Petua Merawat Bentan, Bisa Badan Dan Sakit Lutut

Ini adalah petua merawat masalah bentan yang pernah saya kongsikan hampir 8 bulan yang lalu.

In sha Allah dengan izin nya, masalah bentan dapat diatasi. Sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah bisa bisa badan, sakit lutut dan sebagainya.

Jangan berputus asa untuk berikhtiar merawat diri.

Bentan ini selalu terjadi kepada wanita selepas bersalin dan mereka melanggar pantang.

Jadi hari ini saya nak bagi tips pada wanita dan sesiapa yang terkena bentan.

Cara nya :

  1. Masak nasi panas panas.
  2. Bakar ataupun sangai bawang putih lebih kurang 5 ulas. Jangan sampai rentung, pahit pula nanti.
  3. Masukkan sebiji bawang putih ke dalam nasi dan kepalkan nasi tersebut.
  4. Selawat sambil kunyah dan telan nasi tersebut.
  5. Apabila dah siap, makan perlahan-lahan beserta selawat dan bismillah. In sha Allah bentan akan berkurangan dan hilang.

Ingatlah pesan orang orang tua, berhati hati lah semasa berpantang. Jangan ingat badan dah sihat, boleh buat sesuka hati.

Luaran nampak ok tapi dalaman siapa yang tahu. Jangan buat main dengan bentan ni. Sengsara di kemudian hari.

In sha Allah semoga bermanfaat.

Sumber : Ida Zmri