Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Mengeluarkan Asid Urik

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Ini adalah perkongsian daripada Md Rosdi Hasan tentang cara mudah mengeluarkan asid urik supaaya kita terhidar daripada penyakit gout iniSiapa sangka buah nona boleh menyedut Asid Urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gaut..

Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen .

Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gaut..

Di muka buku ini saya nak ajar bagai mana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.

Caranya cari sebiji buah nona yang masak, lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit, kalau boleh balut tempat yang di tampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.

Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesoknya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.