Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Seminggu Dengan 3 Bahan Ini Sahaja. Wah Sungguh Berkesan

Jerawat ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah yang selalu berlaku terutamanya dikalangan remaja. Ia merupakan satu mimpi ngeri jika ia mendatangkan parut.

Ketika remaja mencapai akil baligh, terdapat ketidakseimbangan hormon di dalam badan mereka. Ini merupakan salah satu faktor risiko yang akan menyebabkan mereka menghadapi masalah jerawat tersebut.

Bila ada jerawat tumbuh, mula lah rasa tak yakin dengan wajah sendiri kan? Nak – nak lagi bila ada bekas yang susah nak hilang.

Ini kami kongsikan tips dari seorang gadis yang bernama Muyassarah Samad yang digunakan untuk hilangkan parut jerawat selama seminggu je.

Selamat Mencuba!

Step 1

Sediakan bahan-bahan:

1.Asam jawa
2.Bedak sejuk
3.Air kosong

Step 2

Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat dan gaul.

Step 3

Ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah air sikit. Bila dah siap gaul, sapu pada bahagian muka yang ada jerawat tadi.

Sumber: FB Muyassarah Samad