Inilah Cara Merawat Autisme Dengan Cara Islam

Mari kita lihat secara ringkas apa yang dikatakan Autisme. Ibubapa tidak perlu merasa gusar apabila dianugerahkan anak-anak Autisme. Sejarah telah membuktikan bahawa kanak-kanak Autisme mampu dirawat dan ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein dan Bill Gates yang menghidap sindrom Asperger sejenis autisme.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.

Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai ‘infantile autism’ (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya.

Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu mengulangi perkataan orang lain.

Contohnya kalau ditanya :

‘Nini sudah makan?’.

Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata :

‘Nini nak makan?’.

Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Nini misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar ‘maintenance of sameness’ iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Tips Mengatasi Masalah Sosial Anak Autisme Disekolah

1. Panggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli.

2. Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar.

3. Memberi penerangan mengenai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu supaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu.

4. Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya

5. Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah

6. Belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihadapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru

7. Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.

8. Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.

9. Libatkan kanak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah

10. Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.

Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang

Kaedah ini diambil dari blog ‘Rawatan Islam Pahang’. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal….

Caranya adalah dengan menyediakan:

1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan minyak habbatussawda.

Bacakan pada air itu :

1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,

2) Ayat kursi

3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.

4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..

5) Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.

Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.

Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37

2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58

4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55

5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.

Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.

Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.

Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.