Amalkan Solat Tahajud Di Akhir Malam, Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang diperintahkan secara langsung di dalam al-Quran selepas dalil solat 5 waktu. Dalil-Nya akan diterangkan di bawah.

Selain itu, menurut Ustaz Adi Hidayat di dalam kajiannya, 4 kelebihan solat tahajud yang saya akan kongsikan di bawah ini hanya akan diperolehi dan dialami oleh orang yang bangun bertahajud sahaja. Tidak kiralah sama ada anda orang yang kuat solat rawatib, solat dhuha dan solat sunat yang lain atau sekalipun orang itu yang sangat khusyuk dalam solat fardhunya. Kerana 4 kelebihan ini hanya diberikan khusus kepada mereka yang bangun berqiamullail untuk menghidupkan malamnya kerana Allah semata-mata. Iaitu sewaktu orang ramai lalai dengan tidurnya.

4 kelebihan tahajud berdasarkan dalil di atas:

1. Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya
Yang bermakna, dia akan dimudahkan dalam melakukan kerja seharian. Sebagai contoh, dia akan mudah untuk dinaikkan pangkat di jabatannya sementara orang lain pula akan bersetuju dan suka untuk menjadi pekerja bawahannya. Iaitu dia diangkat kedudukannya dengan disukai bukannya dengan dibenci dan iri hati oleh sesetengah orang. Kelebihan ini adalah berdasarkan maksud ayat:

مَقَامًا مَحْمُودًا

(Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji)

2. Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya
Sebagai contoh, dibimbing Allah semasa bekerja, dibimbing Allah semasa berumah tangga, dibimbing semasa menghadapi masalah dan juga dalam kehidupan seharian. Kelebihan ini pula berdasarkan terjemahan ayat:

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ

(Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia)

3. Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah
Iaitu apabila ditimpa masalah, Allah akan membimbing anda ke jalan penyelesaian yang terbaik. Tetapi hanya didaptkan oleh para hamba-Nya yang solat tahajjud sahaja. Kelebihan ini adalah berdasarkan terjemahan ayat

وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ

(Keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia)

4. Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan
Kerana kelebihan keempat bagi orang yang bangun tahajjud adalah:

وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

(Dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku)

Contoh yang terbaik adalah, jika anda hendak mengelakkan diri anda daripada disihir oleh orang lain, bangun di akhir malam untuk tahajud adalah cara yang terbaik untuk mendapat perlindungan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sebagaimana firman Allah:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung “.

Sumber: malayajournal.com