Kelebihan Biji Selasih Untuk Merawat Penyakit Gastrik

Masa kita kecik-kecik dulu, kita diberitahu bahawa biji selasih tu adalah telur katak. Kita percaya bulat-bulat. Tapi bila diamati ianya berbeza antara telur katak dalam sirap (biji selasih) dengan telur katak dalam longkang. Inilah salah satu kenangan indah zaman kanak-kanak dulu.

Biji selasih mengandungi karbohidrat, vitamin k ,mineral, zat besi dan lemak dan ini amat baik untuk kita semua. Ia juga boleh membuatkan kita merasa kenyang kerana ia kaya dengan fiber.

Tidak lama lagi Ramadhan akan tiba. Bulan yang penuh keberkatan ini berkehendakkan kita menunaikan rukun Islam yang ketiga. Bulan Ramadhan ini juga kita akan dengar ramai orang tidak boleh berpuasa disebabkan mereka diserang gastrik. Muda dan tua sama saja walaupu tidak semua.

Umumnya gastrik terbahagi kepada dua iaitu:

1. Keradangan lapisan mukosa yang melepasi dinding perut akan menyebabkan kita merasa sakit apabila kita lapar. Ini menandakan asid hidroklorik terlalu tinggi di dalam perut kita.

2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam. Dalam kes ini, kita akan merasa sakit perut selepas kita makan. Ini menunjukkan kita mempunyai masalah ulser perut ataupun lapisan mukosa kita sudah nipis.

CARA MERAWAT

Bagaimanakah cara untuk merawat penyakit gastrik? Terutamanya cara merawat yang lebih berkesan semasa kita berpuasa dan ketika ini kita akan dapat menahan lapar.

Kaedahnya mudah saja. Ambil satu sudu teh biji selasih dan rendam di dalam segelas air sehingga kembang. Kemudian masukkan dua sudu madu lebah asli ke dalam gelas tadi (seeloknya gunakan sudu plastik) . Kacau dan minum sehingga habis biji selasih tadi. Amalkan setiap hari semasa anda bersahur.

Insya Allah jika kita ikhlas dan benar-benar ingin berpuasa tidak akan ada lagi masalah dengan gastrik pada bulan Ramadhan nanti. Malah kita juga tidak akan merasa lapar semasa menunaikan ibadah puasa nanti.

Selesai sahaja kita berpuasa di bulan Ramadhan penyakit gastrik itu juga akan sembuh dengan izin Allah.