INI DIA KOLEKSI HAIWAN YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG TELAH MENARIK PERHATIAN RAMAI NETIZEN

Pernahkah anda melihat keadaan mana-mana haiwan jike mereka sedang mengandung? Pastinya sangat lucu.Mereka yang pernah membela kucing pasti dapat lihat perut kucing yang membunting besar bagaikan belon. Pendek kata haiwan juga sama seperti manusia.Tuhan mengizinkan mereka untuk punya zuriat yang berkembang, dapat mengandung, beranak dan menyusu sehingga anak dewasa.

Inilah buktinya kasih sayang dan kuasa Tuhan kepada semua makhluknya yang menetap di bumi ini. Haiwan-haiwan yang mengandung ini sama juga seperti kita yang perlukan makanan cukup dan rehat supaya dapat bersalin tanpa sebarang masalah.Mahu lihat apakah rupanya bilamana mereka mengandung? Sangat comel dan cute :
1 )  Kucing

Mereka yang sudah biasa membela kucing apatah lagi kucing betina, pasti sudah biasa melihat kucing dengan rupa begini.Mereka ada waktunya agak garang dan tidak mahu bergaul dengan manusia apabila sudah sakit mahu bersalin.
2 ) Kambing

Ini pula keadaannya bila kambing mengandung. Kambing juga menghadkan pergerakan dan makan lebih banyak apabila ada “baby” dalam kandungannya.

3 ) Orang utan

Bagaimana pula dengan orang utan betina? Mereka di lihat lebih santai dan suka memegang perut ketika mengandung. Orang utan dalam gambar ini di katakan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk beranak.
4 ) Panda

Bagi ibu panda pula, mereka lebih suka tidur selepas makan. Ini memang antara rutin yang di lakukan panda. Jika ibu panda mengandung, akiviti tidur mereka akan jadi lebih panjang.
5 ) Anjing laut

Rupa anjing laut yang sedang mengandung juga sangat comel. Perutnya di lihat sangat sarat dan banyak bersantai bersama anak-anak yang lain.

6 ) Harimau bintang

Ketika mengandung haiwan ini di katakan kurang untuk berlari dan memburu. Sama seperti kita, apabila ibu harimau bintang mengandung, pergerakannya agak terbatas apatah lagi jika sudah sarat.