Inilah Hukum Menipiskan Bulu Kening Wanita Bagi Tujuan Perhiasan Yang Ramai Tidak Tahu. Wanita Kena Baca Dan Ambil Pengajaran

Berikut dikongsikan hukum wanita menipiskan bulu kening yang dikongsikan dari Portal Rasmi JAIS. Menipiskan termasuk mencabut, mencukur atau mengubahsuai bulu kening atau alis mata.

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Termasuk perkara melampau dalam berhias yang diharamkan Islam ialah nams, iaitu mengikis bulu kening dengan meninggikan atau meluruskannya. Sesungguhnya Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur bulu kening dan orang yang menyuruh melakukannya. (Riwayat Abu Daud)

Hukum mencukur bulu kening semakin haram apabila perbuatan ini telah menjadi identiti pelacur atau non Muslim.

Sebahagian ulama Hanbali mengharuskan seorang isteri untuk menghias wajahnya dengan menghilangkan bulu-bulu di wajah, mewarnakan, mengukir dan membentuknya jika dengan kebenaran suami kerana ia merupakan perhiasan. Namun Imam al-Nawawi sangat tegas melarangnya tegas melarangnya kerana menganggapnya termasuk daripada nams yang diharamkan.

Walau bagaimanapun pandangan Imam al-Nawawi tertolak. Ini kerana menurut sebuah hadis Abu Daud bahawa al-nams ialah perempuan yang mengukir bulu kening sehingga nipis. Jadi, tidak termasuk dalam maknanya perbuatan menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh di wajah.

Al-Tabari meriwayatkan daripada isteri Abu Ishak, suatu hari beliau menziarahi rumah Siti Aisyah. Beliau pada masa itu masih seorang perempuan muda yang menyukai kecantikan Beliau bertanya kepada Aisyah:
“Bolehkah seorang perempuan menghilangkan bulu di dahi untuk pandangan suaminya Aisyah menjawab: “Hilangkanlah keburukan daripada dirimu selagi mana yang termampu.”

Wallahu a’lam.

Sumber: Dr. Yusuf al-Qaradawi