Seminggu Sapukan Di Muka, Alhamdulillah Tompok Hitam Dekat Muka Dah Pudar

Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia. Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologi dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.

Oleh itu, pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten bagi memastikan kulit anda bebas masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berminyak. Disamping itu juga pakar kulit mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela.

Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti wanita ialah jeragat. Jeragat bukan sahaja menjadikan wajah anda dipenuhi bintik-bintik hitam malah ianya juga menjadikan tona kulit anda tidak sekata. Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan.

Kita ikuti perkongsian zilla janis dalam menghilangkan jeragat dan tompok hitam dimuka.

Tak sangka cuka apel ni bagus untuk hilangkan jeragat!

Bukan tu ja. Tompok hitam kat muke pon boleh pudar.

Dah seminggu zilla cube dap dap cuka epal ni kat muke. Alhamdulillah menjadi. Tompok hitam kat muke pudar.

Senang je nak buat. Serius senang.

Bahan-Bahan:

1sudu cuka epal.
1sudu air suam.
Kapas.

Cara-Caranya:

Campurkan 1 sudu cuke epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati. Ambik kapas. Rendam sikit kat dalam cuke epal tadi. Pastu dap dap kat seluruh muke.

Pastikan muke korang bersih ye.

Bagusnye cuke epal ni untuk jeragat sebab cuke epal ni bersifat antiseptik tau untuk menyingkirkan bakteria dari jeragat dan menyucikan kulit.

Lepas 3 ke 4 minit lepastu. Boleh cuci muke dengan air suam. Amalkan hari-hari. Untuk kesan yang lebih cepat.

Kulit kering dan sensitif tidak digalakkan.

Tapi dengan #WD. Semua jenis kulit pon sesuai tau.

Uolss boleh cube dap dap WD. Hat yang takot pedih ke hape kan. Calit WD kat nadi. Pastu calit sikit kat jeragat.

Makin hari jeragat pudar. Hati pon riang ria.

Sumber : zilla janis