‘Setiap 5 Minit Kena Buang Air Kecil Selama 2 Hari’ – Ustaz Ini Kongsi Cara Tepis Sihir

Ramai tanya saya, ustaz sepanjang ustaz buat rawatan ustaz tidak ke terkena sihir dan tempias dari pesakit??

Saya jawab : Tipu la saya jika kata saya tak terkena. Saya pun insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka pasti kena, kadang muntah darah pun pernah. Kembung perut biasa saya kena.. Paling tak lupa di uji kena buang air kecil 5 minit sekali selama 2 hari. Kejap-kejap nak terkencing masa tu ya Allah susah nya, nak tidur pun susah.

Kaedah Atau Cara Menepis Sihir

Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian saya buat minum air garam.

Caranya ambil segelas air suam ambil secubit garam masukkan ke dalam air yang kita hendak minum..
Sebaiknya minum sebelum tidur.

Kerana semasa kita tidurla makhluk halus meganggu kita. Lepas bangun tidur sebelum gosok gigi amalkan juga minum air garam ini.

Selepas masuk kan garam baca:
Al fatihah 3x
Al ikhlas 3x
Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illaa Billaah 3x dan Selawat 3x
Kemudian minum..

Buat la sekiranya buat dengan yakin, InshaaAllah di beri perlindungan oleh Allah sebarang ancaman sihir.

Jika buat cara di atas jika anda sedawa bermakna ada gangguan dalam badan anda.
Jika muntah, batuk seram sejuk Bermakna gangguan yang anda alami amat teruk. Buat sekerap yang mungkin, jika anda buat anda rasa segar badan ringan bermakna apa yang anda buat berkesan.

Semua atas izin Allah juga. Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan sihir dalam badan…

Ok saya minum dulu moga bermanfaat untuk anda semua Aamiin.

#SilakanShare

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, adamhawa.my