Berwhuduk Dengan Betul Mengikut Sunnah Rasullullah SAW. Pakai Tak Sampai Segayung Air Pun

Menurut bahasa, al-Wudhu’ berasal dari kata al-Wadha’ah, yang bermaksud keindahan dan kecerahan. Tapi menurut syarak bermaksud perbuatan yang berupa menggunakan air untuk anggota-anggota tubuh tertentu, disertai dengan niat.

Berwhuduk dengan betul mengikut sunnah, jom amalkan doa ini ketika mengambil wudhuk pada setiap anggota yang dibasuh;

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini’.

Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini’

Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini’.

Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini’.

Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, ’Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu’.

Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, ’Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini’

Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. ’Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim’.

Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, ’Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat’

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Cara ambil wudhuk secara sunnah

Jom belajar cara berwhuduk dengan betul mengikut sunnah Rasullullah SAW. Pakai tak sampai segayung air pun. Kita wudhuk habis bergelen2 air.. Credit : Tirmidhi Centre

Posted by ZINE Viraliyat on Sunday, June 11, 2017